Assalamualaikum. I'm Siti Zuraina Dullah. I pour my ideas and thoughts here. Sometimes it might be serious but sometimes it's not. Sorry for any hiccup here and there. Enjoy reading and thank you!

Monday, 1 September 2014

HIDUP BIAR ADA MATLAMAT


      Assalamualaikum wbt. 
 Alhamdulillah jari jemari ini masih diberi peluang untuk menaip entri yang baru =). Murahkan diri kita dengan senyuman. Senyum itu satu sedekah & Sunnah =)


Entri kali  ini ingin menyentuh berkaitan dengan "MATLAMAT". saya rasa kita semua mempunyai matlamat hidup masing-masing. Terpulang kepada empunya diri bagaimana ingin mengurus matlamat itu, sama ada kearah kebaikan atau keburukan. Tapi saya yakin dan pasti kita semua mempunyai matlamat yang baik. Insha Allah =).Matlamat kita itu biarlah berlandaskan ajaran agama kita iaitu Al-Quran & As-sunnah.

 Cuba kita tanya diri kita , kita "HIDUP UNTUK APA?" adakah kita hidup sekadar suka-suka? tanpa hala tuju. Kita perlu ada perancangan dalam hidup supaya matlamat dalam kehidupan kita betul dan mustaqim. kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini perlu mempunyai strategi hidup supaya kehidupan kita diredhai Allah dan supaya kita menjadi orang yang berguna. 
Then, kita mestilah sentiasa update diri kita untuk menjadi lebih baik. sentiasa Muhasabah diri sebab kita diajar untuk menilai diri sendiri untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk orang lain . Insha Allah.
   Sekian saja dari saya. Minta maaf salah silap.


2 comments: