Assalamualaikum. I'm Siti Zuraina Dullah. I pour my ideas and thoughts here. Sometimes it might be serious but sometimes it's not. Sorry for any hiccup here and there. Enjoy reading and thank you!

Thursday 19 November 2015

Hilang seketika.

Assalamualaikum. 
Rasanya dah lama aku x update blog.
Dah berhabuk dah blog aku ni.
Ok, sekarang jom buat pembersihan 
mop, menyapu & bersihkan semua habuk-habuk yang ada kat blog aku ni. Haha
Mesti ada yang rindu aku kan? *perasan*

Aku semakin sibuk.
Jarang dah jengguk blog ni.
Aku rindu jugak menaip kat blog aku sendiri.

SZD & menulis berpisah tiada.
Ciss ayat. Hehe
Aku harap korang semua sihat selalu.
Maafkan semua orang & doakan semua orang.


Wednesday 12 August 2015

Syukur.

Kalau kita yakin
dengan rancangan Allah adalah yg terbaik,
tiada sebab untuk rasa kecewa.
Cakap dengan diri "Good job myself! "
Allah dah bagi cukup.
Cukup buat kau rasa bersyukur .
Sekarang,
Allah mahu tengok
macam mana kau menerima keputusan itu?
Dengan syukur atau kufur?
Dengan sujud atau ta'asub?

Monday 10 August 2015

Tawakal

"Dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya.
Dan sesungguhnya usaha itu kelak akan diperlihatkan(kepadanya)."
 [QS An-Najm: 39-40]

~Usaha Doa Tawakal~
Berserah diri kepada Allah.
Redha dengan kehendak-Nya.
Perlu kita tahu bahawa takdir
akan mendahului kehendak hati.
Jangan rasa kecewa
Jika kita tidak dapat apa yang kita mahu.
Allah lebih mengetahui
apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Minta & berdoa lah kepada Allah.
Sungguh Allah itu Maha Mendengar.
Sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.
Tanamkan sifat syukur dalam diri kita.

Saturday 1 August 2015

Senyum

Bahasa melayu panggil senyum.
Bahasa Inggeris panggil smile.
Bahasa Arab panggil ibtisam.
Senyum smile ibtisam itu sedekah.
Sebarkan senyuman.
Agar tersebar perasaan bahagia tu.
Kita tidak banyak harta,
Untuk bersedekah.
Tapi kita ada senyuman untuk bersedekah.
Alhamdulillah.
Senyuman yg ikhlas & indah
Mampu menjadikan diri kelihatan tenang.
Jika ada orang yg memberi senyum kepada kamu
Balaslah senyuman tu agar sama sama rasa dihargai.
Orang kata senyum itu awet muda.
Jadi, Jom sebarkan senyuman mu.
*terus nyanyi lagu senyum* 😀☺😊

Thursday 30 July 2015

Rindu.

Rindu,
Lumrah setiap manusia.
Biar rindu kita tu membawa kebaikan.
Agar rindu kita tu ada maknanya.
Sebarkan rindu bersama bahagia.

Rindu kepada yg sepatutnya.
Bukan sebaliknya.
Harap dapat difahami "sepatutnya & sebaliknya" tu.

Kalau rindu, Doa.



Thursday 25 June 2015

BERTEMUDUGA BERSAMA MEREKA

Assalamualaikum wbt. 
Entri kali ni aku mahu kongsi cerita aku dan kawan-kawan temuduga UPSI bertempat di bilik tutorial pendidikan psiokologi UMS pada 14 Jun 2015, hari ahad. Hmmm~ tapi aku x cerita pengalaman semasa temuduga tu lagi. Pengalaman temuduga Insha Allah akan diceritakan pada entri blog yang seterusnya :) Aku mahu bagitahu betapa beruntungnya aku semasa temuduga itu. Sebab apa aku cakap begitu?? Sebab banyak yang aku dapat, belajar dan dapat jumpa kawan ex-SEMEKAR & dapat jumpa kawan baru :) Hehehe.

 Ahh.. Ini lah kerusi dan tempat menunggu kami semua sementara tunggu penemuduga panggil untuk masuk ke bilik temuduga. *Sempat jugak lah belek belek buku & cerita cerita ngan member yg sama kos iv dengan aku masa ni*

Nampak tu si tudung hijau & si tudung coklat semangat bercerita. Sebab last jumpa Lala masa ujian medis hari tu.

Aip!! Kami orang sabah & orang sarawak. Tdk sangka pulak dapat jumpa kawan dari sarawak. Katanya, sebenarnya dorang dapat iv UPSI kat UNIMAS, tapi jauh dari tempat dorang tinggal kat sarawak tu. So, Dyg & Iffah datanglah sabah dan berjumpa dengan kami semua :) *SZD,Dayang,Najihah,Ela, Iffah & Azilah* Kami lah jugak geng kelaparan dan geng lambat masuk bilik tempat menunggu. Adoiiii~ Hahahaha.

 Marha & kawan kawannya. Aku kenal Marha ja dlm pic ni. Yang lain x sempat ta'aruf. Hehehe

 Bakal-bakal Ustazah Pendidikan Islam. Doakan kejayaan kita bersama k.

 Dorang cakap dorang welfie dengan orang Korea a.k.a orang Cina. Untung ahh~ 4 orang kat depan tu satu bilik temuduga siap buat persembahan nasyid lagi dalam bilik tu. Hebat jugak dorang ni. Hahaha.

 Ahhh~ ini lah fail aku yg memuatkan semua dokumen dokumen penting. Sijil sepanjang aku bergelar pelajar sekolah menengah :)

   Doakan aku dan mereka semoga berjaya di dunia dan akhirat. Rasanya setakat ini ja entri kali ini. Insha Allah kalau ada sebarang penambahan nanti aku update lagi k. K sekian~
 






Friday 29 May 2015

HATI

Assalamualaikum wbt.
Di dalam anggota badan kita ada segumpal daging kalau dia baik maka akan baiklah seluruh anggota tubuh, dan kalau dia rosak maka akan rosak pula seluruh anggota tubuh dan itu adalah hati.


Hati sentiasa di perhati oleh Pencipta hati. Hati itu raja dalam diri kita yang bergelar manusia. Hati itu kecil, tapi benda yang kecil itulah yang mesti dijaga dengan baik & jangan pernah leka untuk menjaganya. Wallahu'alam.