Assalamualaikum. I'm Siti Zuraina Dullah. I pour my ideas and thoughts here. Sometimes it might be serious but sometimes it's not. Sorry for any hiccup here and there. Enjoy reading and thank you!

Thursday 4 September 2014

Pembentangan ?? :))

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera :)

Apa kabar semua? apa kabar iman kita? semoga iman kita sentiasa meningkat. Insha Allah :) Assgmnt arab dah siap dan kini tiba masanya dengan presentation. ok lah, entry kali ni mau konsgi pengalaman pembentangan "Bahasa Arab".. yaa, pengalaman,pengalaman yang biasa-biasa ajaa. hehehe :)first time tau kena pembentangan dalam arab ni. Pesanan ustaz "Nanti pembentangan kena full cakap arab tau". Tiba-tiba dalam hati ini berbicara "Ehh, aku boleh ka cakap dalam arab ni". Aku terus rasa down :').. Ya Allah, apa dha jadi dengan aku ni . "Zuraina kau cakap kau minat bahasa araab, mau jadi guru bahasa arab so,kau boleh tuu ."Nasihat seorang ukhti yang sangat aku sayangi. Pendekkan cerita, aku kembali ke normal,hehehe.. semangat bangkit semula . Alhamduillah . Banyak juga sebanarnya cabaran mau buat assgmnt arab ni. Kena buka tab banyak-banyak kat lappy utk dpt maklumat pasal tajuk kajian aku. Kajian aku kena cari masdar dalam surah Ali-'Imran.
  Nampak tu buka tab banyak !!hehe
 Kena belajar masdar kat youtube:)

Kena ke perpustakaan cari buku yang ada kaitan dengan kajian. Ustaz & kawan-kawan banyak membantu saya. Terima kasih dan terima kasih semuanya :)Untuk pengetahuan kamu, aku ni jarang sangat masuk p.sumber sekolah . tapi semenjak bt assgmnt ni aku jadi rajin lha. yeaahhhh!! Alhamdulillah . ada hikmahnya yang Allah telah sediakan.
Buku I'Rab Al-Quran Al-Karim & Kamus besar Arab-Melayu.



semua dha siap. sekarang giliran buat power point pula. ahhh, masalah aku kat p.point ni pemilihan "Design". Ustaz kata buat yang simple jaa. 

Lambat macam kura-kura aku kat part ni :D


 PHOTOGRID pun boleh. hehe


Dan akhirnya , tadddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............ !!!
 Alhamdulillah dha siap. Ini lah p.point aku yang simple aja :)

Dengan ini aku umumkan aku dah bentang pun. Tak sangka dha bentang rupanya. Macam mimpi jaa, tapi sebenarnya realiti . Alhamdulillah terima kasih ya Allah, ustaz, mama abah, kawan-kawan atas segala kata-kata semangat yang diberikan. Insha Allah ini satu  pengalaman yang sangat bermakna dan berguna buat aku & kawan-kawan semua.Mudah-maudahan ada aku rezeki utk masuk universiti mau ambil kos b.Arab. Kalau kita ada usaha yang gigih Allah akan tolong. Sepertimana dalam firman Allah dalam surah al-Najm ayat 39 Mafhumnya"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah dia usahakan". Sekarang tawakal ja lhaa, barapa pun markah yang aku dapat aku redha :). Form six banyak mmengajar aku erti seorang pelajar. Ok lah sekian sahaja dari saya . Terima kasih kerana sudi baca entri ini. 
Syukran jiddan!!!






Monday 1 September 2014

HIDUP BIAR ADA MATLAMAT


      Assalamualaikum wbt. 
 Alhamdulillah jari jemari ini masih diberi peluang untuk menaip entri yang baru =). Murahkan diri kita dengan senyuman. Senyum itu satu sedekah & Sunnah =)


Entri kali  ini ingin menyentuh berkaitan dengan "MATLAMAT". saya rasa kita semua mempunyai matlamat hidup masing-masing. Terpulang kepada empunya diri bagaimana ingin mengurus matlamat itu, sama ada kearah kebaikan atau keburukan. Tapi saya yakin dan pasti kita semua mempunyai matlamat yang baik. Insha Allah =).Matlamat kita itu biarlah berlandaskan ajaran agama kita iaitu Al-Quran & As-sunnah.

 Cuba kita tanya diri kita , kita "HIDUP UNTUK APA?" adakah kita hidup sekadar suka-suka? tanpa hala tuju. Kita perlu ada perancangan dalam hidup supaya matlamat dalam kehidupan kita betul dan mustaqim. kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini perlu mempunyai strategi hidup supaya kehidupan kita diredhai Allah dan supaya kita menjadi orang yang berguna. 
Then, kita mestilah sentiasa update diri kita untuk menjadi lebih baik. sentiasa Muhasabah diri sebab kita diajar untuk menilai diri sendiri untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk orang lain . Insha Allah.
   Sekian saja dari saya. Minta maaf salah silap.


Friday 15 August 2014

STRESS ITU BEST



Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah jari jemari ini masih diberi kekuatan untuk menaip sesuatu ^.^
Entri kali ini saya akan ceritakan atau mengupas satu topik yang sangat menarik dan sangat dekat kepada diri manusia iaitu “STRES”. Yaaa.. satu perkataan yang sangat simple tapi perkataan itu     mempunyai makna yang tersirat(ayat skema)hehe.
Baru-baru ini saya telah membaca satu buku islamiah. Sya rasa korang semua pun tau juga tuu.. namanya “ Gen-Q” 



Ahh.. ini dia buku Gen-Q (Generasi Al-Quran kreatif) Mendapat inspirasi dari buku ini 


Topik kali ini menyentuh pasal “STRES ITU BEST” !!. Macam best ja kan? Memang best pun. Hehehe. Tpi, ini bukan buku sya .. sya pinjam kt seorang kawan sya yang baik hati kerana sudi  berkongsi maklumat kepada sya ^.^
 

                                                        http://themissela.blogspot.com

ok lha, kita teruskan kepada topik kita hari ini berkaitan dgn “STRES”. Timbul persoalan di lubuk hati ini.. ‘knp sya stress?,mcm mna mau menangani masalah ni?


Stres itu tekanan yang berpunca daripada masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Tidak ada sesiapa pun yang tidak pernah merasa stres dan tidak ada sesiapa yang mampu lari daripada stress. Lebih-lebih lagi remaja macam saya=.= Apa yang harus kita lakukan jika stress melanda diri kita?? Selalu timbul perkataan stress,tension,boring dan penat inilah perkataan yang selalu keluar dalam diri sesiapa sahaja.
Semua manusia mempunyai fitrah. Iaitu fitrah berTuhan. Oleh itu, marilah kita kembali kepada ajaran agama. Semua kita manusia mempunyai kelemahan masing-masing. Antara kelemahan yang paling ketara ialah mudah bosan, tekanan perasaan yang tidak menentu dan menjadi permainan dalam kehidupan kita. Setiap kita perlu memikirkan cara untuk menangani masalah ini. Berbalik kepada nikmat. Nikmat apa yang paling besar yang telah Allah berikan kepada kita sebagai hamba-Nya? Nikmat itu adalah nikmat akal. Akal ini berperanan penting untuk kita yang bergelar manusia untuk mencari dan menganalisis punca berlakunya stres. Islam itu agama yang lengkap. Alhamdulillah kita mempunyai satu kitab dan petunjuk yang sangat sempurna dan mampu menjawab setiap persoalan yang sering timbul di kotak fikiran kita ini. Allah telah menurunkan Al-Quran dan isi kandungannya mempunyai penawar dan jawapan. Insha Allah dengan mentelaah Al-Quran kita dapat mengatasi masalah ini. SubhanAllah!
Ubati stres yang melanda diri kita dengan penuh kesabaran. Jangan pandang negetif kepada stress. Stres yang positif mampu memacu seseorang untuk memikirkan dan memanfaat masalah stress yang dialaminya itu untuk menjalani kehidupan yang lebih baik daripada sebelum ini.. Sebagai contoh, seorang remaja mengalami masalah keluarga. Dengan masalah yang dialaminya itu mampu mematangkan dirinya dan berfikir cara untuk menyelesaikan maslah tersebut. Jika dipandang secara negative, sudah tentu kita akan merasa tekanan dan bebanan dengan segala masalah yang timbul. Apabila stres melanda kesabaran perlu ada bersama. Sungguh benarlah kata-kata Ibn Qayyim: “Kedudukan sabar dalam iman laksana kepala bagi seluruh tubuh. Apabila kepala sudah terpotong,tidak ada lagi kehidupan dalam tubuh.”
Stres itu best! Kita perlu mengenal setiap masalah yang kita hadapi. Jiwa kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menerima sesuatu masalah. Kembalikan hati, emosi dan fikiran kita kepada Allah. Yakinlah setiap yang berlaku ada hikmahnya yang telah Allah sediakan ^.^ yaaa ! Stres memang best !!!
Anas meriwayatkan, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang ingin mengembirakan saudara semuslimnya dalam sesuatu pertemuan,maka pada hari kiamat nanti Allah pasti mengembirakannya.” (Riwayat Al-Tabarani).