Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah jari jemari ini masih diberi kekuatan untuk menaip
sesuatu ^.^
Entri kali ini saya akan ceritakan atau mengupas satu topik yang
sangat menarik dan sangat dekat kepada diri manusia iaitu “STRES”. Yaaa.. satu
perkataan yang sangat simple tapi perkataan itu mempunyai makna yang tersirat(ayat
skema)hehe.
Baru-baru ini saya telah membaca satu buku islamiah. Sya rasa korang
semua pun tau juga tuu.. namanya “ Gen-Q”
Ahh.. ini dia buku Gen-Q (Generasi Al-Quran kreatif) Mendapat inspirasi dari buku
ini
Topik kali ini menyentuh pasal “STRES ITU BEST” !!. Macam best ja kan? Memang
best pun. Hehehe. Tpi, ini bukan buku sya .. sya pinjam kt seorang kawan sya
yang baik hati kerana sudi berkongsi
maklumat kepada sya ^.^
ok lha, kita teruskan kepada topik kita hari ini berkaitan dgn “STRES”. Timbul
persoalan di lubuk hati ini.. ‘knp sya stress?,mcm mna mau menangani masalah
ni?
Stres
itu tekanan yang berpunca daripada masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Tidak
ada sesiapa pun yang tidak pernah merasa stres dan tidak ada sesiapa yang mampu
lari daripada stress. Lebih-lebih lagi remaja macam saya=.= Apa yang harus kita
lakukan jika stress melanda diri kita?? Selalu timbul perkataan stress,tension,boring
dan penat inilah perkataan yang selalu keluar dalam diri sesiapa sahaja.
Semua
manusia mempunyai fitrah. Iaitu fitrah berTuhan. Oleh itu, marilah kita kembali kepada ajaran
agama. Semua kita manusia mempunyai kelemahan masing-masing. Antara kelemahan
yang paling ketara ialah mudah bosan, tekanan perasaan yang tidak menentu dan
menjadi permainan dalam kehidupan kita. Setiap kita perlu memikirkan cara untuk
menangani masalah ini. Berbalik kepada nikmat. Nikmat apa yang paling besar
yang telah Allah berikan kepada kita sebagai hamba-Nya? Nikmat itu adalah
nikmat akal. Akal ini berperanan penting untuk kita yang bergelar manusia untuk
mencari dan menganalisis punca berlakunya stres. Islam itu agama yang lengkap.
Alhamdulillah kita mempunyai satu kitab dan petunjuk yang sangat sempurna dan
mampu menjawab setiap persoalan yang sering timbul di kotak fikiran kita ini.
Allah telah menurunkan Al-Quran
dan isi kandungannya mempunyai penawar dan jawapan. Insha Allah dengan
mentelaah Al-Quran kita dapat mengatasi masalah ini. SubhanAllah!
Ubati
stres yang melanda diri kita dengan penuh kesabaran. Jangan pandang negetif kepada stress.
Stres yang positif mampu memacu seseorang untuk memikirkan dan memanfaat
masalah stress yang dialaminya itu untuk menjalani kehidupan yang lebih baik
daripada sebelum ini.. Sebagai contoh, seorang remaja mengalami masalah
keluarga. Dengan masalah yang dialaminya itu mampu mematangkan dirinya dan
berfikir cara untuk menyelesaikan maslah tersebut. Jika dipandang secara
negative, sudah tentu kita akan merasa tekanan dan bebanan dengan segala
masalah yang timbul. Apabila stres melanda kesabaran perlu ada bersama. Sungguh
benarlah kata-kata Ibn Qayyim: “Kedudukan sabar dalam iman laksana kepala bagi
seluruh tubuh. Apabila kepala sudah terpotong,tidak ada lagi kehidupan dalam
tubuh.”
Stres
itu best! Kita perlu mengenal setiap masalah yang kita hadapi. Jiwa kita
hendaklah sentiasa bersedia untuk menerima sesuatu masalah. Kembalikan hati,
emosi dan fikiran kita kepada Allah. Yakinlah setiap yang berlaku ada hikmahnya
yang telah Allah sediakan ^.^ yaaa ! Stres memang best !!!
Anas meriwayatkan, Rasulullah S.A.W.
bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang ingin mengembirakan saudara semuslimnya
dalam sesuatu pertemuan,maka pada hari kiamat nanti Allah pasti
mengembirakannya.” (Riwayat Al-Tabarani).
No comments:
Post a Comment