Assalamualaikum. I'm Siti Zuraina Dullah. I pour my ideas and thoughts here. Sometimes it might be serious but sometimes it's not. Sorry for any hiccup here and there. Enjoy reading and thank you!

Friday, 15 August 2014

STRESS ITU BEST



Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah jari jemari ini masih diberi kekuatan untuk menaip sesuatu ^.^
Entri kali ini saya akan ceritakan atau mengupas satu topik yang sangat menarik dan sangat dekat kepada diri manusia iaitu “STRES”. Yaaa.. satu perkataan yang sangat simple tapi perkataan itu     mempunyai makna yang tersirat(ayat skema)hehe.
Baru-baru ini saya telah membaca satu buku islamiah. Sya rasa korang semua pun tau juga tuu.. namanya “ Gen-Q” 



Ahh.. ini dia buku Gen-Q (Generasi Al-Quran kreatif) Mendapat inspirasi dari buku ini 


Topik kali ini menyentuh pasal “STRES ITU BEST” !!. Macam best ja kan? Memang best pun. Hehehe. Tpi, ini bukan buku sya .. sya pinjam kt seorang kawan sya yang baik hati kerana sudi  berkongsi maklumat kepada sya ^.^
 

                                                        http://themissela.blogspot.com

ok lha, kita teruskan kepada topik kita hari ini berkaitan dgn “STRES”. Timbul persoalan di lubuk hati ini.. ‘knp sya stress?,mcm mna mau menangani masalah ni?


Stres itu tekanan yang berpunca daripada masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Tidak ada sesiapa pun yang tidak pernah merasa stres dan tidak ada sesiapa yang mampu lari daripada stress. Lebih-lebih lagi remaja macam saya=.= Apa yang harus kita lakukan jika stress melanda diri kita?? Selalu timbul perkataan stress,tension,boring dan penat inilah perkataan yang selalu keluar dalam diri sesiapa sahaja.
Semua manusia mempunyai fitrah. Iaitu fitrah berTuhan. Oleh itu, marilah kita kembali kepada ajaran agama. Semua kita manusia mempunyai kelemahan masing-masing. Antara kelemahan yang paling ketara ialah mudah bosan, tekanan perasaan yang tidak menentu dan menjadi permainan dalam kehidupan kita. Setiap kita perlu memikirkan cara untuk menangani masalah ini. Berbalik kepada nikmat. Nikmat apa yang paling besar yang telah Allah berikan kepada kita sebagai hamba-Nya? Nikmat itu adalah nikmat akal. Akal ini berperanan penting untuk kita yang bergelar manusia untuk mencari dan menganalisis punca berlakunya stres. Islam itu agama yang lengkap. Alhamdulillah kita mempunyai satu kitab dan petunjuk yang sangat sempurna dan mampu menjawab setiap persoalan yang sering timbul di kotak fikiran kita ini. Allah telah menurunkan Al-Quran dan isi kandungannya mempunyai penawar dan jawapan. Insha Allah dengan mentelaah Al-Quran kita dapat mengatasi masalah ini. SubhanAllah!
Ubati stres yang melanda diri kita dengan penuh kesabaran. Jangan pandang negetif kepada stress. Stres yang positif mampu memacu seseorang untuk memikirkan dan memanfaat masalah stress yang dialaminya itu untuk menjalani kehidupan yang lebih baik daripada sebelum ini.. Sebagai contoh, seorang remaja mengalami masalah keluarga. Dengan masalah yang dialaminya itu mampu mematangkan dirinya dan berfikir cara untuk menyelesaikan maslah tersebut. Jika dipandang secara negative, sudah tentu kita akan merasa tekanan dan bebanan dengan segala masalah yang timbul. Apabila stres melanda kesabaran perlu ada bersama. Sungguh benarlah kata-kata Ibn Qayyim: “Kedudukan sabar dalam iman laksana kepala bagi seluruh tubuh. Apabila kepala sudah terpotong,tidak ada lagi kehidupan dalam tubuh.”
Stres itu best! Kita perlu mengenal setiap masalah yang kita hadapi. Jiwa kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menerima sesuatu masalah. Kembalikan hati, emosi dan fikiran kita kepada Allah. Yakinlah setiap yang berlaku ada hikmahnya yang telah Allah sediakan ^.^ yaaa ! Stres memang best !!!
Anas meriwayatkan, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang ingin mengembirakan saudara semuslimnya dalam sesuatu pertemuan,maka pada hari kiamat nanti Allah pasti mengembirakannya.” (Riwayat Al-Tabarani).