Assalamualaikum. I'm Siti Zuraina Dullah. I pour my ideas and thoughts here. Sometimes it might be serious but sometimes it's not. Sorry for any hiccup here and there. Enjoy reading and thank you!

Wednesday, 12 August 2015

Syukur.

Kalau kita yakin
dengan rancangan Allah adalah yg terbaik,
tiada sebab untuk rasa kecewa.
Cakap dengan diri "Good job myself! "
Allah dah bagi cukup.
Cukup buat kau rasa bersyukur .
Sekarang,
Allah mahu tengok
macam mana kau menerima keputusan itu?
Dengan syukur atau kufur?
Dengan sujud atau ta'asub?

Monday, 10 August 2015

Tawakal

"Dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya.
Dan sesungguhnya usaha itu kelak akan diperlihatkan(kepadanya)."
 [QS An-Najm: 39-40]

~Usaha Doa Tawakal~
Berserah diri kepada Allah.
Redha dengan kehendak-Nya.
Perlu kita tahu bahawa takdir
akan mendahului kehendak hati.
Jangan rasa kecewa
Jika kita tidak dapat apa yang kita mahu.
Allah lebih mengetahui
apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Minta & berdoa lah kepada Allah.
Sungguh Allah itu Maha Mendengar.
Sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.
Tanamkan sifat syukur dalam diri kita.

Saturday, 1 August 2015

Senyum

Bahasa melayu panggil senyum.
Bahasa Inggeris panggil smile.
Bahasa Arab panggil ibtisam.
Senyum smile ibtisam itu sedekah.
Sebarkan senyuman.
Agar tersebar perasaan bahagia tu.
Kita tidak banyak harta,
Untuk bersedekah.
Tapi kita ada senyuman untuk bersedekah.
Alhamdulillah.
Senyuman yg ikhlas & indah
Mampu menjadikan diri kelihatan tenang.
Jika ada orang yg memberi senyum kepada kamu
Balaslah senyuman tu agar sama sama rasa dihargai.
Orang kata senyum itu awet muda.
Jadi, Jom sebarkan senyuman mu.
*terus nyanyi lagu senyum* 😀☺😊