Assalamualaikum wbt.
Entri kali ni aku mahu kongsi cerita aku dan kawan-kawan temuduga UPSI bertempat di bilik tutorial pendidikan psiokologi UMS pada 14 Jun 2015, hari ahad. Hmmm~ tapi aku x cerita pengalaman semasa temuduga tu lagi. Pengalaman temuduga Insha Allah akan diceritakan pada entri blog yang seterusnya :) Aku mahu bagitahu betapa beruntungnya aku semasa temuduga itu. Sebab apa aku cakap begitu?? Sebab banyak yang aku dapat, belajar dan dapat jumpa kawan ex-SEMEKAR & dapat jumpa kawan baru :) Hehehe.
Ahh.. Ini lah kerusi dan tempat menunggu kami semua sementara tunggu penemuduga panggil untuk masuk ke bilik temuduga. *Sempat jugak lah belek belek buku & cerita cerita ngan member yg sama kos iv dengan aku masa ni*
Nampak tu si tudung hijau & si tudung coklat semangat bercerita. Sebab last jumpa Lala masa ujian medis hari tu.
Aip!! Kami orang sabah & orang sarawak. Tdk sangka pulak dapat jumpa kawan dari sarawak. Katanya, sebenarnya dorang dapat iv UPSI kat UNIMAS, tapi jauh dari tempat dorang tinggal kat sarawak tu. So, Dyg & Iffah datanglah sabah dan berjumpa dengan kami semua :) *SZD,Dayang,Najihah,Ela, Iffah & Azilah* Kami lah jugak geng kelaparan dan geng lambat masuk bilik tempat menunggu. Adoiiii~ Hahahaha.
Marha & kawan kawannya. Aku kenal Marha ja dlm pic ni. Yang lain x sempat ta'aruf. Hehehe
Bakal-bakal Ustazah Pendidikan Islam. Doakan kejayaan kita bersama k.
Dorang cakap dorang welfie dengan orang Korea a.k.a orang Cina. Untung ahh~ 4 orang kat depan tu satu bilik temuduga siap buat persembahan nasyid lagi dalam bilik tu. Hebat jugak dorang ni. Hahaha.
Ahhh~ ini lah fail aku yg memuatkan semua dokumen dokumen penting. Sijil sepanjang aku bergelar pelajar sekolah menengah :)
Doakan aku dan mereka semoga berjaya di dunia dan akhirat. Rasanya setakat ini ja entri kali ini. Insha Allah kalau ada sebarang penambahan nanti aku update lagi k. K sekian~