Assalamualaikum. I'm Siti Zuraina Dullah. I pour my ideas and thoughts here. Sometimes it might be serious but sometimes it's not. Sorry for any hiccup here and there. Enjoy reading and thank you!

Thursday, 19 November 2015

Hilang seketika.

Assalamualaikum. 
Rasanya dah lama aku x update blog.
Dah berhabuk dah blog aku ni.
Ok, sekarang jom buat pembersihan 
mop, menyapu & bersihkan semua habuk-habuk yang ada kat blog aku ni. Haha
Mesti ada yang rindu aku kan? *perasan*

Aku semakin sibuk.
Jarang dah jengguk blog ni.
Aku rindu jugak menaip kat blog aku sendiri.

SZD & menulis berpisah tiada.
Ciss ayat. Hehe
Aku harap korang semua sihat selalu.
Maafkan semua orang & doakan semua orang.


Wednesday, 12 August 2015

Syukur.

Kalau kita yakin
dengan rancangan Allah adalah yg terbaik,
tiada sebab untuk rasa kecewa.
Cakap dengan diri "Good job myself! "
Allah dah bagi cukup.
Cukup buat kau rasa bersyukur .
Sekarang,
Allah mahu tengok
macam mana kau menerima keputusan itu?
Dengan syukur atau kufur?
Dengan sujud atau ta'asub?

Monday, 10 August 2015

Tawakal

"Dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya.
Dan sesungguhnya usaha itu kelak akan diperlihatkan(kepadanya)."
 [QS An-Najm: 39-40]

~Usaha Doa Tawakal~
Berserah diri kepada Allah.
Redha dengan kehendak-Nya.
Perlu kita tahu bahawa takdir
akan mendahului kehendak hati.
Jangan rasa kecewa
Jika kita tidak dapat apa yang kita mahu.
Allah lebih mengetahui
apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Minta & berdoa lah kepada Allah.
Sungguh Allah itu Maha Mendengar.
Sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.
Tanamkan sifat syukur dalam diri kita.

Saturday, 1 August 2015

Senyum

Bahasa melayu panggil senyum.
Bahasa Inggeris panggil smile.
Bahasa Arab panggil ibtisam.
Senyum smile ibtisam itu sedekah.
Sebarkan senyuman.
Agar tersebar perasaan bahagia tu.
Kita tidak banyak harta,
Untuk bersedekah.
Tapi kita ada senyuman untuk bersedekah.
Alhamdulillah.
Senyuman yg ikhlas & indah
Mampu menjadikan diri kelihatan tenang.
Jika ada orang yg memberi senyum kepada kamu
Balaslah senyuman tu agar sama sama rasa dihargai.
Orang kata senyum itu awet muda.
Jadi, Jom sebarkan senyuman mu.
*terus nyanyi lagu senyum* šŸ˜€☺šŸ˜Š

Thursday, 30 July 2015

Rindu.

Rindu,
Lumrah setiap manusia.
Biar rindu kita tu membawa kebaikan.
Agar rindu kita tu ada maknanya.
Sebarkan rindu bersama bahagia.

Rindu kepada yg sepatutnya.
Bukan sebaliknya.
Harap dapat difahami "sepatutnya & sebaliknya" tu.

Kalau rindu, Doa.



Thursday, 25 June 2015

BERTEMUDUGA BERSAMA MEREKA

Assalamualaikum wbt. 
Entri kali ni aku mahu kongsi cerita aku dan kawan-kawan temuduga UPSI bertempat di bilik tutorial pendidikan psiokologi UMS pada 14 Jun 2015, hari ahad. Hmmm~ tapi aku x cerita pengalaman semasa temuduga tu lagi. Pengalaman temuduga Insha Allah akan diceritakan pada entri blog yang seterusnya :) Aku mahu bagitahu betapa beruntungnya aku semasa temuduga itu. Sebab apa aku cakap begitu?? Sebab banyak yang aku dapat, belajar dan dapat jumpa kawan ex-SEMEKAR & dapat jumpa kawan baru :) Hehehe.

 Ahh.. Ini lah kerusi dan tempat menunggu kami semua sementara tunggu penemuduga panggil untuk masuk ke bilik temuduga. *Sempat jugak lah belek belek buku & cerita cerita ngan member yg sama kos iv dengan aku masa ni*

Nampak tu si tudung hijau & si tudung coklat semangat bercerita. Sebab last jumpa Lala masa ujian medis hari tu.

Aip!! Kami orang sabah & orang sarawak. Tdk sangka pulak dapat jumpa kawan dari sarawak. Katanya, sebenarnya dorang dapat iv UPSI kat UNIMAS, tapi jauh dari tempat dorang tinggal kat sarawak tu. So, Dyg & Iffah datanglah sabah dan berjumpa dengan kami semua :) *SZD,Dayang,Najihah,Ela, Iffah & Azilah* Kami lah jugak geng kelaparan dan geng lambat masuk bilik tempat menunggu. Adoiiii~ Hahahaha.

 Marha & kawan kawannya. Aku kenal Marha ja dlm pic ni. Yang lain x sempat ta'aruf. Hehehe

 Bakal-bakal Ustazah Pendidikan Islam. Doakan kejayaan kita bersama k.

 Dorang cakap dorang welfie dengan orang Korea a.k.a orang Cina. Untung ahh~ 4 orang kat depan tu satu bilik temuduga siap buat persembahan nasyid lagi dalam bilik tu. Hebat jugak dorang ni. Hahaha.

 Ahhh~ ini lah fail aku yg memuatkan semua dokumen dokumen penting. Sijil sepanjang aku bergelar pelajar sekolah menengah :)

   Doakan aku dan mereka semoga berjaya di dunia dan akhirat. Rasanya setakat ini ja entri kali ini. Insha Allah kalau ada sebarang penambahan nanti aku update lagi k. K sekian~
 






Friday, 29 May 2015

HATI

Assalamualaikum wbt.
Di dalam anggota badan kita ada segumpal daging kalau dia baik maka akan baiklah seluruh anggota tubuh, dan kalau dia rosak maka akan rosak pula seluruh anggota tubuh dan itu adalah hati.


Hati sentiasa di perhati oleh Pencipta hati. Hati itu raja dalam diri kita yang bergelar manusia. Hati itu kecil, tapi benda yang kecil itulah yang mesti dijaga dengan baik & jangan pernah leka untuk menjaganya. Wallahu'alam.
 

Friday, 22 May 2015

AKU & Mereka

Bismillah. Assalamualaikum wbt~
20 Mei 2015(hari rabu). Tarikh penting dan bermakna untuk aku dan semua kawan-kawan. Sebab tarikh ni kami semua ada ujian Medsi pendidikan dan pada tarikh tu lah juga kami semua berkumpul, even tdk dapat jumpa semua. Terubat juga rindu tu sikit :') Rasa macam jejak kasih lah pula . Derrrhhh~ Ok, jeng jeng jeng !!! begini ceritanya:

                       
                  Aku & ela jalan beriringan (pegang tangan) menuju ke sebatang pokok . Sebab di bawah pokok tu ada Vivi,Azea & Farhana. Memang rezeki kami lah sebab kami berlima dapat lepak sama sama & dapat makan makanan yg dorang sediakan . Alhamdulillah :)
 #Ex-StudentsSMATS

  
Farhana,Azea,Ela,Vivi

  SZD & Mereka

 Di bawah pokok. Kami tinggal berempat. Azea dah balik. Oh ya!Susah gak kami mau welfie masa ni. Sebab kami dpt inspirasi gambar mcm ni dari seorang member aku. Jadi atau tdk jadi belakang cerita. Hahaha

Tub tub tub~ aku & Ela dah ada kat depan Makmal utk ujian medsi. Ahh kat sana kami jumpa senior & member kami dari semekar. Jejak kasih jap. Yeah!
#Ex-StudentsSemekar

 Aip~kami batch 1995
SZD,Ela,Effa,Mon,___,Gere'

Sementara tunggu giliran ujian medsi tu Effa,aku,Ela & Suraya stay kat tepi jalan raya. Lama x jumpa, so byk cerita dah macam bedah dah macam tu. Hahaha.. Haishh~ Rinduuuuuu

Sebab dah 4 tahun aku x jumpa suraya. Melepas rindu dengan dia. In sha Allah kalau ada rezeki kita jumpa lagi ya sayang:)
 __________________

 
Alhamdulillah dah selesai ujian medsi. Usaha Doa Tawakkal. Sekarang kena tawakkal. Doakan kejayaan kita bersama k.

 Aku dan Masjid UMS. Terima kasih untuk semuanya. Semoga pertemuan kita di UMS tempoh hari diberkati Allah dan membawa kebaikan. Kalau rindu Doa.
 


 













Friday, 15 May 2015

STPM

Jangan pandang sebelah mata dengan form6(STPM) , tapi pandang dengan dua belah mata kita. Aku cakap macam tu sebab aku dah ada pengalaman sendiri. For me, Aku bersyukur sangat sebab Allah bagi aku rezeki sambung belajar sebagai pelajar PRA-U selama 1 tahun setengah. Dari situ banyak yang aku belajar. Terutamanya aku faham tentang matlamat sebagai pelajar. Tidak bermaksud sebelum masuk form6 aku tidak ada matlamat. Ada, cuma aku belum faham sangat lagi masa tu. Dari situ juga lah aku tahu pencapaian diri aku. Selama ni belajar tu ala kadar ja. Aku fikir belajar tu untuk exam ja. Tapi, hakikatnya belajar tu bukan untuk EXAM ja, tapi untuk DIAMALKAN & DISAMPAIKAN KEPADA ORANG LAIN. Masa form6 dulu aku ambil kos agama. Subjek aku Pengajian am, Syariah, Usuluddin dan bahasa Arab. Kempat empat subjek tu banyak membantu aku. Dari tidak tahu menjadi tahu. Dan dari situ jugalah kita akan rasa jahilnya kita . Semakin banyak kita belajar, semakin kita tahu dan kenal diri kita.  Jadi, kita kena banyak belajar dan kena banyak bertanya. Sistem form6 dulu dengan sekarang tidak sama. Dulu guna sistem terminal. Tapi, bermula tahun 2012 sistem STPM dah tukar ke sistem modular. Ada 3 sem . Setiap sem ada exam besar. Kalau kita tidak puas hati ngan result kita tu nanti dah habis sem 3 kita boleh ulang paper.Kena bayarlah. 1 paper rm50. Ahhh! sem 2 & 3 kena buat kerja kursus(assgmnt) dan presentation.
Masuk form6 memang kos untuk penggunaan duit tu rendah dan tidak banyak guna duit sangat. Ingatlah, kalau kita dah bergelar pelajar memang kita tidak lari atau tidak asing lagi dari susahnya belajar itu. So, kena hadapi dengan tenang. Kita pelajar, kita kena tahu matlamat dan tanggungjawab kita sebagai pelajar dan anak.
Aku ex-Pra U SEMEKAR 13'14. Aku bukan pelajar cemerlang dan aku tidak sehebat kawan kawan aku. Aku cuma orang biasa saja dan ingin berkongsi apa yang aku sudah lalui dan tahu sepanjang bergelajar pelajar STPM. K sekian~ 

Tuesday, 6 January 2015

Tujuan Hidup

Assalamualaikum wbt ☺ hai semua,apa kabar?lama dah saya tak update blog ni. Hehe. Update blog kali ni tak guna lappy tapi guna hpšŸ˜Š first time update blog guna hp ni hehehehe.
Ok lah topik kali ni berkaitan dengan tujuan hidup. Sebelum itu, saya seru kepada semua pembaca & termasuk diri saya; jom kita tanya diri kita. Kita "HIDUP UNTUK APA?". Melihat betapa pentingnya ada tujuan hidup. Oleh itu disini saya ingin berkongsi beberapa tips yg mampu mengasah fikiran kita & tips ini saya ambil dari majalah Gen-Q.
Antara tujuan hidup kita ialah:
1.Ada hala tuju yg jelas.
2.utamakan perkara yg lebih penting dan utama.
3.memahami definisi kejayaan dan kebahagian.
4.Membuat keputusan dgn rasional dan tepat.
5.melakukan perkara yg berfaedah dlm hidup.
6.mencari kekuatan dlm hidup dgn banyak bertadabur.
7.Sentiasa berani dan berkeyakinan dlm melakukan sesuatu.
8.berkongsi kebaikan dgn org lain.

Semoga kita dapat melurus pemikiran mencari Tuhan.
"Dengan berfikir,kita akan tiba pada satu realiti bahawa alam yang teratur ini pasti ada pengaturnya. Mustahil diterima akal bahawa alam ini tersusun dengan sendirinya. Tentu ada yang menciptanya."
Sekian saja perkongsian kali ini . Maafkan saya,doakan saya,maafkan semua org, doakan semua orang. *SZD_95*